Macam-macam bacaan Al-quran

Allah Ta’ala berfirman :
“Maka bacalah Al-Qur’an dengan tartil (yang sebaik-baiknya).”
(QS. Al-Muzammil : 4)

Rasulullah bersabda :
“Bacalah olehmu Al-Qur’an, maka sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat/pertolongan ahli-ahli Al-Qur’an (yang membaca dan mengamalkannya).” (HR. Muslim)

Rasulullah bersabda :
“Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya kepada orang lain.” (HR. Bukhori)

Sebelum mulai mempelajari Ilmu Tajwid sebaiknya kita mengetahui lebih dahulu bahwa setiap ilmu ada sepuluh asas yg menjadi dasar pemikiran kita. Berikutnya dikemukakan 10 asas Ilmu Tajwid.

1. Pengertian Tajwid menurut bahasa : Memperelokkan sesuatu.
Menurut istilah Ilmu Tajwid : Melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf.

2. Hukum mempelajari Ilmu Tajwid adalah Fardhu Kifayah dan mengamalkannya yakni membaca Al-Quran dgn bertajwid adalah Fardhu Ain bagi setiap muslimin dan muslimat ygt mukallaf.

3. Tumpuan perbincangannya : Pada kalimah² Al-Quran.

4. Kelebihannya : Ia adalah semulia mulia ilmu kerana ia langsung berkaitan dgn kitab Allah Al-Quran.

5. Penyusunnya : Imam-Imam Qiraat.
\
6. Faedahnya : Mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat dan keredhaan Allah didunia dan akhirat. Insya-Allah.

7. Dalilnya : Dari Kitab Al-Quran dan Hadis Nabi ( S.A.W )



8. Nama Ilmu : Ilmu Tajwid

9. Masalah yg diperbaincangkan : Mengenai keadah² dan cara² bacaannya secara keseluruhan yg memberi pengertian hukum² cabangan.

10. Matlamatnya : Memelihara lidah daripada kesalahan membaca ayat² suci Al-Quran pada ketika membacanya. Membaca sejajar dgn penurunannya yg sebanar dari Allah ( S.W.T )


Tingkatan Bacaan Al Quran
Terdapat 4 tingkatan atau mertabat bacaan Al-Quran iaitu bacaan dari segi cepat atau perlahan.

1. At-Tartil : Bacaannya yg perlahan², tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yg tepat serta menurut hukum² bacaan Tajwid dgn sempurna, merenung maknanya, hukum dan pengajaran daripada ayat.

2. tahqiq: Bacaannya seperti Tartil cuma lebih lambat dan perlahan, seperti membetulkan bacaan huruf drp makhrajnya, menepatkan kadar bacaan mad dan dengung.

3. Al-Hadar: Bacaan yg cepat serta memelihara hukum² bacaan Tajwid.

4. At-Tadwir: Bacaan yg pertengahan antara tingkatan bacaan Tartil dan Hadar, serta memelihara hukum² Tajwid.

Perhatian :
* Tingkatan bacaan Tartil ini biasanya bagi mereka yg sudah mengenal makhraj² huruf, sifat² huruf dan hukum² Tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah lebih baik dan lebih diutamakan.
* Tingkatan bacaan Tahqiq ini biasanya bagi mereka yg baru belajar membaca Al-Quran supaya dpt melatih lidah menyebut huruf dan sifat huruf dgn tepat dan betul.
* Tingkatan bacaan Hadar pula biasanya bagi mereka yang telah menghafal Al-Quran, supaya mereka dapat mengulang bacaannya dlm masa yg singkat.
* Tingkatan terakhir pula ialah Tadwir yakni pertengahan antara Tartil dan Hadar



(sumber: http://halaqohquran.blogspot.com/2009/04/macam-macam-bacaan-al-quran.html)