Hukum Ziarah Kubur Di hari Raya


Hukumnya adalah harus selama2nya dan mendapat pahala seperti mana ziarah kubur pada hari yang lain.
Majlis Fatwa Universiti Al-Azhar :
وَمِنْ هُنَا نَعْلَمُ أَنَّ زِيَارَةَ النَّاسِ لِلْمَقَابِرِ عَقِبَ صَلَاةِ الْعِيْدِ إِنْ كَانَتْ لِلْمَوْعِظَةِ وَتَذَكُّرِ مَنْ مَاتُوْا وَكَانُوْا مَعَهُمْ فِى الْأَعْيَادِ يُنَعَّمُوْنَ بِحَيَاتِهِمْ ، وَطَلَبِ الرَّحْمَةِ لَهُمْ بِالدُّعَاءِ فَلَا بَأْسَ بِذَلِكَ أَبَدًا …
“Dari sini kita mengetahui bahawa umat Islam melakukan ziarah kubur setelah hari raya, jika untuk menjadi pelajaran dan mengingat orang yang telah mati, yang dahulu mereka bersamanya saat hari raya dan merasa senang dengan kehidupannya, serta memintakan rahmat dan doa untuk mereka, maka hukumnya boleh, selamanya…” (Fatawa al-Azhar, 8/391)
Para tabi'in dan ulama salaf melakuka ziarah kubur pada hari raya seperti selepas sembahyang raya.
عَنْ عَطَاءِ بْنِ السَّائِبِ قَالَ صَلَّيْتُ الْفَجْرَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ فِي يَوْمِ الْفِطْرِ فَإِذَا أَبُوْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَعَبْدُ اللهِ بْنُ مَعْقِلٍ فَلَمَّا قَضَيْنَا الصَّلَاةَ خَرَجَا وَخَرَجْتُ مَعَهُمَا إِلَى الْجَبَانَةِ. (4) مصنف ابن أبي شيبة – (ج 2 / ص 70)
“Daripada 'Atho bin Saib ia berkata: “Saya sembahyang subuh di masjid ini pada hari raya puasa, kebetulan bertemu Aba Abdirrahman dan Abdallah bin Ma’qil. Setelah kami melakukan solat, keduanya keluar, saya juga keluar bersamanya, menuju ke tanah perkuburan” (Musonnaf Ibni Abi Syaibah)
Berkata Syeikh ‘Atiyyah Saqr Mantan Ketua Majlis Fatwa al-Azhar :
"Hukum asal bagi ziarah kubur adalah sunat, kerana ia boleh mengingatkan seseorang tentang hari akhirat."
Ibn Majah meriwayatkan dengan sanad yang sahih sabda Nabi saw :
كنت نهيتكم عن زيارة القبور، فزوروا القبور فانها تزهد في الدنيا وتذكر الأخرة
"Adalah aku dahulunya menghalang kamu daripada ziarah kubur, maka (sekarang) ziarahilah kubur, kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat".
Ziarah kubur tidak mempunyai waktu yang tertentu.
Dengan ini kita dapat simpulkan bahawa menziarahi kubur selepas dari sembahyang hari raya, jika ia bertujuan untuk mengambil peringatan dan mengingati mereka yang telah mati yang dahulunya bersama-sama mereka berseronok di hari raya, serta memohon rahmat daripada Allah untuk mereka dengan berdoa, ini semua harus dilakukan oleh orang lelaki. Adapun bagi perempuan, hukum mereka menziarahi kubur telah dibincangkan pada jilid terdahulu (pendapat yang dipilih oleh Syeikh adalah makruh jika dibimbangi akan berlakunya perkara yang haram seperti meratap dan lain-lain, jika perkara haram tersebut pasti berlaku maka hukumnya adalah haram –ringkasan daripada fatwa tersebut).
Tetapi Jika ziarah kubur semata untuk bersedih atau memperbaharui kesedihan maka ianya tidak bolih.
[Fatawa Syeikh 'Atiyyah Saqr, Jilid: 6]
KESIMPULAN :
- ziarah kubur hukumnya sunat.
- ziarah kubur tidak ditetapkan pada hari2 yang tertentu
- ziarah kubur pada hari jumaat sahaja atau hari bersejarah sahaja atau hari raya sahaja atau pada petang hari raya sahaja tidak menjadi kesalahan asalkan tidak menganggap hari2 tersebut sebagai hari yang ditetapkan untuk ziarah. Tidak ada seorang jua ulama yang melarang dan jika ada maka orang itu adalah orang awam. Ulama hanya melarang menetapkan hari2 tertentu untuk ziarah, bukan melarang ziarah.
- ziarah kubur pada sehari sebelum raya atau pada hari raya yang banyak dikerjakan olih masyarakat sekarang adalah dibolihkan. Tiada seorang jua ulama yang melarang ziarah kubur pada hari raya melainkan orang2 yang bodoh.
- ziarah kubur pada hari raya jangan dikerjakan kerana tujuan meratap atau memperbaharui kesedihan dan duka cita kerana berlawan dengan sunat bergembira pada hari raya.
- perkataan yang berkata bahwa ziarah kubur pada hari raya dilarang sebab ziarah kubur akan sebabkan orang yang ziarah itu bersedih adalah perkataan yang salah dan tidak ada sandaran. Tidak pernah terjadi di negara kita orang yang baru pulang ziarah kubur tidak lagi mahu berhari raya sebab terlalu sedih. Tiada berkata akan dia olih ulama dan hanya ia perkataan orang2 dungu yang tidak tahu apa arti hukum syarak. Sebabnya ialah ziarah kubur bukan untuk bersedih tetapi supaya ingat kepada akhirat.
- sunat melakukan adab2 ziarah kubur seperti adab2 ziarah di hari yang lain seperti memberi salam, berdoa, membaca Quran dan seumpamanya.
- kaum wanita diharuskan ziarah kubur pada hari raya tetapi wajib menjaga aurat dan adab2 ziarah bagi wanita.
wallahua'lam
https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original/photos/a.195643977120324.50524.195600903791298/1290321754319202/?type=3