nasehat buat ulama dan penjari ilmu

NASIHAT ABUYA SAYYID MUHAMMAD AL-MALIKI RAHIMAHULLAH BUAT ULAMA DAN PENUNTUT ILMU.
Penuntut Ilmu dan Ulama harus memiliki sifat-sifat terpuji dan teladan.
Berikut empat pesan Abuya Sayyid Muhammad al-Maliki kepada penuntut ilmu dan Ulama:
1- Seorang yang alim tidak cukup dengan ilmunya semata-mata, selagi belum dihiasi dengan akhlak mulia dan adab.
2- Sikap patuh dan rendah hati dengan kurangnya ilmu itu lebih baik daripada sifat licik dan sombong kerana banyaknya ilmu.
3- Seharusnya setiap penuntut ilmu senantiasa membawa buku kecil (nota) dan pen di sakunya.
4- Seharusnya setiap penuntut ilmu harus mempunyai bacaan wirid untuk menjaga dirinya dari kesalahan.