Siapa Sebenarnya Wahabi ??
Abdul Ghafur Abu Syaifullah
Pub : Von Edison Alouisci
Mazhab
Wahhabi sering menimbulkan kontroversi berhubung dengan asal-usul dan
kemunculannya dalam dunia Islam. Umat Islam umumnya salah menganggap
mereka, dengan beranggapan bahwa mazhab mereka mengikuti pemikiran Ahmad
ibn Hanbal dan alirannya, al-Hanbaliyyah atau al-Hanabilah yang
merupakan salah satu mazhab dalam Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah.
Nama
Wahhabi atau al-Wahhabiyyah kelihatan dihubungkan kepada nama `Abd
al-Wahhab yaitu pendirinya Muhammad bin `Abd al-Wahhab al-Najdi. Ia
tidak dinamakan al-Muhammadiyyah yang mungkin boleh dikaitkan dengan
nama Muhammad bin `Abd al-Wahhab bertujuan untuk membedakan di antara
para pengikut Nabi Muhammad saw dengan mereka, dan juga bertujuan untuk
menghalangi segala bentuk eksploitasi (istighlal). Bagaimanapun, nama
Wahhabi dikatakan ditolak oleh para penganut Wahhabi sendiri dan mereka
menggelarkan diri mereka sebagai golongan al-Muwahhidun (unitarians)
karena mereka mendakwa ingin mengembalikan ajaran-ajaran tawhid ke dalam
Islam dan kehidupan murni menurut sunnah Rasulullah.
Mazhab
Wahhabi pada zaman moden ini tidak lain dan tidak bukan, adalah
golongan al-Hasyawiyyah karena kepercayaan2 dan pendapat2 mereka 100%
sama dengan golongan yang dikenali sebagai al-Hasyawiyyah pada abad-abad
yang awal.
Istilah al-Hasyawiyyah adalah
berasal daripada kata dasar al-Hasyw yaitu penyisipan, pemasangan dan
kemasukan. Nama ini diberikan kepada orang-orang yang menerima dan
mempercayai semua hadisr yang dibawa masuk ke dalam Islam oleh
orang-orang munafiq. Mereka mempercayai semua hadist yang dikaitkan
kepada Nabi saw dan para sahabat baginda berdasarkan pengertian bahasa
semata-mata tanpa melakukan penelitihan dan pemikiran. Bahkan sekiranya
sesuatu hadist itu dipalsukan (tetapi orang yang memalsukannya
memasukkan suatu rangkaian perawi yang baik kepadanya), mereka tetap
menerimanya tanpa mempedulikan apakah teks hadist itu serasi dan selaras
dengan al-Quran ataupun hadist yang diakui sahih atau sebaliknya.
Ahmad
bin Yahya al-Yamani (m.840H/1437M) mencatatkan bahawa: Nama
al-Hasyawiyyah digunakan kepada orang-orang yang meriwayatkan hadist2
sisipan yang sengaja dimasukkan oleh golongan al-Zanadiqah sebagaimana
sabda Nabi saw dan mereka menerimanya tanpa melakukan interpretasi
semula, dan mereka juga menggelarkan diri mereka Ashab al-Hadith dan Ahl
al-Sunnah wa al-Jama`ah... Mereka bersepakat mempercayai konsep
pemaksaan (Allah berhubungan dengan perbuatan manusia) dan tasybih
(bahwa Allah seperti makhluk-Nya) dan mempercayai bahawa Allah mempunyai
jasad dan bentuk serta mengatakan bahawa Allah mempunyai anggota tubuh.
Al-Syahrastani
(467-548H/1074-1153M) menuliskan bahawa: Terdapat sebuah kumpulan Ashab
al-Hadith, iaitu al-Hasyawiyyah dengan jelas menunjukkan kepercayaan
mereka tentang tasybih (yaitu Allah serupa makhluk-Nya) ... sehinggakan
mereka sanggup mengatakan bahawa pada suatu ketika, kedua-dua mata Allah
kesedihan, lalu para malaikat datang menemui-Nya dan Dia (Allah)
menangisi (kesedihan) berakibat banjir Nabi Nuh a.s sehingga mata-Nya
menjadi merah, dan `Arasy meratap hiba seperti suara pelana baru dan
bahwa Dia melampaui `Arasy dalam keadaan melebihi empat jari di segenap
sudut.[Al-Syahrastani, al-Milal wa al-Nihal, h.141.]
Definisi
dan gambaran ini secara langsung menepati golongan Wahhabi yang
menamakan diri mereka sebagai Ashab al-Hadist atau Ahl al-Hadist dan
kerapkali juga sebagai Sunni, dan pada masa kini mereka memperkenalkan
diri mereka sebagai Ansar al-Sunnah ataupun Ittiba` al-Sunnah.
Latar belakang Pengasas Mazhab Wahhabi
Muhammad
bin `Abd al-Wahhab dilahirkan di perkampungan `Uyainah, salah sebuah
kampung dalam Najd di bahagian selatan pada tahun 1115H/1703M. Bapaknya,
`Abd al-Wahhab merupakan seorang Qadi di sini. Muhammad dikatakan
pernah mempelajari bidang fiqh al-Hanbali dengan bapaknya, yang juga
adalah salah seorang tokoh ulama al-Hanabilah. Semenjak kecil, dia
mempunyai hubungan yang erat dengan pengkajian dan pembelajaran
kitab-kitab tafsir, hadith dan akidah.
Pada
masa remajanya, Muhammad selalu memperendah-rendahkan syiar agama yang
biasanya dipegang oleh penduduk Najd, bukan saja di Najd bahkan sehingga
sejauh Madinah selepas dia kembali daripada menunaikan haji. Dia sering
mengada-adakan perubahan dalam pendapat dan pemikiran di dalam
majlis-majlis agama, dan dia dikatakan tidak suka kepada orang yang
bertawassul kepada Nabi saw di tempat kelahiran (marqad) baginda yang
suci itu.
Kehidupannya selama beberapa
tahun dihabiskan dengan mengembara dan berdagang di kota-kota Basrah,
Baghdad, Iran, dan Damsyik (damaskus). Di Damsyik, dia telah mempelajari
kitab-kitab karangan Ibn Taimiyyah al-Harrani (m.728H/1328M) yang
mengandung ajaran2 yang berunsur kontroversi berbeda dengan Ahl
al-Sunnah wa al-Jama`ah.
Perkenalan Dengan Mr. Hempher (Orientalis)
Kemudian
berpindah ke Basrah disini dia akhirnya berjumpa dengan Hempher yaitu
seorang orientalis dan agen rahsia Inggeris. Hempher yang menyamar
sebagai Sheikh Muhammad. Dia seorang yang ahli berbahasa Arab , Turki,
Parsi, dan telah lama mempelajari Islam di Turki dan Iraq.
Hampher
yang akhirnya mempengaruhi ideologi Ibn Wahhab ini, malah menambah
kesesatan Ibn Wahhab. Bersama Hempher inilah Ibn Wahhab sempat melakukan
nikah mutah dengan seorang agen wanita inggeris yang menyamar sebagai
Safiyyah selama 1 minggu. Dalam masa itu Ibn Wahhab tambah sesat lagi
kerana dalam terkapan 2 orang sekaligus. Fikirannya yang dangkal
akhirnya membuatnya terbawa bermabuk-mabukan bersama isteri mutahnya.
Kemudian
atas usul Hempher, Ibn Wahhab hijrah ke Isfahan, Iran . Untuk itu dia
memperpanjang masa nikah mutaahnya bersama Safiyya menjadi 2 bulan.
Disana
dia masuk dalam terkapan seorang agen Inggeris juga yang menyamar
sebagai Abd Karim yang mengenalkannya dengan seorang wanita agen
Inggeris (yahudi) yang menyamar sebagai Asiya yang jauh lebih cantik
dari Safiyya dan akhirnya dinikah mutaah pula. Dalam terkapan agen-agen
Inggeris inilah Ibn Wahhab dicekoki segala macam pemikiran yang sesat,
dan menyusun berbagai program untuk menghancurkan Islam.
Sedikit
tambahan.sekiranya pembaca membaca biografi Ibn Wahhab versi Wahabi
maka pembaca sekalian akan menemukan kalimat ini : Di antara pendukung
dakwahnya di kota Basrah ialah seorang ulama yang bernama Syeikh
Muhammad al-Majmu. Inilah Hempher yang menyamar sebagai Syeikh Muhammad
al-Majmu. Dia sengaja mengiringi Ibn Wahhab kembali ke najd untuk
mengawasi, menasihati dan mengimplementasikan program2 penghancuran
Islam.
Propaganda Wahabi Di Basrah & Komplot Bersama Pemerintah Uyainah
Kemudian
dalam perjalanannya ke Syam, di Basrah Ibn Wahhab berupaya menyebarkan
pemikirannya untuk mencegah ummat daripada melakukan syiar agama mereka
dan menghalangi mereka daripada perbuatan tersebut. Justru itu penduduk
Basrah bangkit menentangnya, dan menyingkirkannya daripada perkampungan
mereka. Akhirnya dia melarikan diri ke kota al-Zabir.
Dalam
perjalanan di antara Basrah dan al-Zabir, akibat terlalu penat berjalan
karena kepanasan sehingga hampir2 menemui ajalnya, seorang lelaki (dari
kota al-Zabir) telah menemuinya lalu membantunya ketika melihatnya
berpakaian seperti seorang alim. Dia diberikan minuman dan dibawa
kembali ke kota tersebut. Muhammad bin `Abd al-Wahhab berkeinginan untuk
ke Syam tetapi dia tidak mempunyai bekal yang mencukupi, lalu pergi ke
al-Ahsa dan dari situ, terus ke Huraymilah (dalam kawasan Najd) juga.
Pada
tahun 1139H/1726M, bapaknya berpindah dari `Uyainah ke Huraymilah dan
dia ikut serta dengan bapaknya dan belajar dengannya tetapi masih
meneruskan penentangannya yang kuat terhadap amalan-amalan agama di
Najd, yang menyebabkan terjadinya pertentangan dan perselisihan yang
berkecamuk di antaranya dan bapanya di satu pihak dan, dia bersama
dengan penduduk-penduduk Najd di pihak yang lain. Keadaan tersebut terus
berlanjut hingga tahun 1153H/1740M ketika bapaknya meninggal dunia.[
Al-Syahrastani, al-Milal wa al-Nihal, h.141]. Sejak itu, Ibn wahhab
tidak lagi terikat. Dia telah mengemukakan akidah2nya yang sesat,
menolak dan memerangi amalan2 agama yang dilakukan serta menyeru mereka
bergabung bersama kelompoknya. Sebagian tertipu dan sebagian lagi
meninggalkannya hingga dia mengumumkan kekuasaannya di Madinah.
Ibn
Wahhab kembali ke `Uyainah yang diperintah oleh `Usman bin Hamad yang
menerima dan memuliakannya dan berlakulah perjanjian di antara mereka
berdua bahawa setiap seorang hendaklah mempertahankan yang lain dengan
seorang memegang kekuasaan dalam perundangan Islam (al-tasyri`) dan
seorang lagi dalam pemerintahan. Pemerintah `Uyainah mendukung dengan
kekuatan dan Ibn Wahhab menyeru manusia mentaati pemerintah dan para
pengikutnya.
Berita telah sampai kepada
pemerintah al-Ahsa bahawa Muhammad bin `Abd al-Wahhab menyebarkan
pendapat dan bid`ahnya, dan pemerintah `Uyainah menyokongnya. Beliau
telah mengirimkan suatu surat peringatan dan ancaman kepada pemerintah
`Uyainah. Pemerintah `Uyainah kemudian memanggil Muhammad dan
memberitahunya bahawa dia enggan membantunya. Ibn `Abd al-Wahhab berkata
kepadanya: Sekiranya engkau membantuku dalam dakwah ini, engkau akan
menguasai seluruh Najd. Pemerintah tersebut menyingkirkannya dan
memerintahkannya meninggalkan `Uyainah dengan cara mengusirnya pada
tahun 1160H/1747M.
Pada tahun itu,
Muhammad keluar dari `Uyainah ke Dar`iyyah di Najd yang diperintah oleh
Muhammad bin Sa`ud (m.1179H/1765M) yang kemudian mengunjungi, memuliakan
dan menjanjikan kebaikan kepadanya. Sebagai balasannya, Ibn `Abd
al-Wahhab memberikan kabar gembira kepadanya dengan jaminan penguasaan
Najd keseluruhannya. Dengan cara itu, suatu perjanjian dimeterai.[
Al-Alusi, Tarikh Najd, h.111-113]. Penduduk Dar`iyyah mendukungnya
sehingga akhirnya Muhammad ibn `Abd al-Wahhab dan Muhammad bin Sa`ud
menyetujui perjanjian itu(`aqd al-Ittifaqiyyah).
Ibn
Basyr al-Najdi yang dipetik oleh al-Alusi mengatakan: Penduduk
Dar`iyyah pada masa itu dalam keadaan sangat menderita dan kepayahan,
mereka lalu berusaha untuk memenuhi kehidupan mereka . Aku lihat
kesempitan hidup mereka pada kali pertama tetapi kemudian aku lihat
al-Dar`iyyah selepas itu - pada zaman Sa`ud, penduduknya memiliki harta
yang banyak dan senjata disaluti emas, perak, kuda yang baik, para
bangsawan, pakaian mewah dsb,i daripada sumber-sumber kekayaan
sehinggakan lidah kelu untuk berkata-kata dan gambaran secara terperinci
tidak mampu diuraikan.
Aku lihat tempat
orang ramai pada hari itu, di tempat dikenali al-Batin - aku lihat
kumpulan lelaki di satu pihak dan wanita di satu pihak lagi, aku lihat
emas, perak, senjata, unta, kuda, pakaian mewah dan semua makanan tidak
mungkin dapat digambarkan dan tempat itu pula sejauh mata memandang, aku
dengar hiruk-pikuk suara-suara penjual dan pembeli .[Salah seorang
pengarang `Uthmaniyyah menceritakannya dalam kitabnya, Tarikh Baghdad,
h.152 tentang permulaan hubungan di antara Muhammad bin `Abd al-Wahhab
dan keturunan Sa`ud dengan cara yang berbeda tetapi kelihatan sama
dengan apa yang diceritakan]
Harta yang
banyak itu tidak diketahui datang dari mana, dan Ibn Basyr al-Najdi
sendiri tidak menceritakan sumber harta kekayaan yang banyak itu tetapi
berdasarkan fakta-fakta sejarah, Ibn `Abd al-Wahhab memperolehinya
daripada serangan dan serbuan yang dilakukannya bersama-sama para
pengikutnya terhadap kabilah2 dan kota2 yang kemudian meninggalkannya
untuknya. Ibn `Abd al-Wahhab merampas harta kekayaan itu dan
membagi-bagikan kepada penduduk Dar`iyyah.
Ibn
`Abd al-Wahhab mengikuti kaedah khusus dalam pembagian harta rampasan
yang dirampasbnya dari kaum muslimin . Ada kalanya, dia membagikannya
hanya kepada 2 atau 3 orang pengikutnya. Amir Najd menerima bagian
daripada ghanimah itu dengan persetujuan Muhammad bin `Abd al-Wahhab
sendiri. Ibn `Abd al-Wahhab melakukan perbuatan yang buruk terhadap umat
Islam yang tidak tunduk kepada hawa nafsu dan pendapatnya dan disamakan
dengan kafir harbi dan dia menghalalkan harta mereka.
Ringkasnya,
Muhammad ibn `Abd al-Wahhab kelihatan menyeru kepada agama Tawhid
tetapi tawhid sesat ciptaannya sendiri, dan bukannya tawhid menurut
seruan al-Quran dan al-Hadist. Siapa yang tunduk (kepada tawhidnya) akan
terpelihara diri dan hartanya dan sesiapa yang menolak dianggap kafir
harbi (yang perlu diperangi) darah dan hartanya halal.
Dengan
alasan inilah, golongan Wahhabi menguasai medan peperangan di Najd dan
kawasan2 di luarnya seperti Yaman, Hijaz, sekitar Syria dan `Iraq.
Mereka mengaut keuntungan yang berlimpah daripada kota2yang mereka
kuasai menurut kemauan dan kehendak mereka, dan jika mereka bisa
menghimpunkan kawasan2 itu ke dalam kekuasaan dan kehendak mereka,
mereka akan lakukan semua itu, tetapi jika sebaliknya mereka hanya
datang untuk merampas harta kekayaan saja.[ Tarikh Mamlakah
al-`Arabiyyah al-Sa`udiyyah, Vol. I, h..51].
Ibn
Wahab memerintahkan orang2 yang cenderung mengikuti dakwahnya supaya
memberikan bai`ah dan orang-orang yang enggan wajib dibunuh dan
dibagi-bagikan hartanya. Oleh kerana itu, dalam proses membuang dan
mengasingkan penduduk kampung di sekitar al-Ahsa untuk mendapatkan
bai`ah itu, mereka telah menyerang dan membunuh 300 orang dan merampas
harta -harta mereka.[ Tarikh Mamlakah al-`Arabiyyah al-Sa`udiyyah, Vol.
I, h..51].
Bagi Muhamad bin Abdul Wahhab,
situasi dan kondisi amat mendukung baginya untuk menyebarkan
pemikiran-pemikirannya yang beracun ke tengah ummat. Karena kebodohan
dan kebuta-hurufan menghinggapi seluruh kawasan Najd kala itu. Di
samping itu, penguasa Ali Su'ud (keluarga Su'ud) membantu penyebaran
dakwahnya dengan pedang. Dengan faktor-faktor inilah mereka memaksa
manusia untuk berpegang kepada ajaran Wahabi, dan jika tidak, mereka
akan mencapnya dengan label kufur dan syirik, serta menghalalkan harta
dan darahnya. Mereka melakukan pembenaran atas tindakannya itu melalui
sejumlah keyakinan rusak, dengan label "tauhid yang benar". Muhammad bin
Abdul Wahhab memulai pembicaraannya tentang tauhid sebagai berikut:
"Tauhid
ada dua macam: Tauhid rububiyyah dan tauhid uluhiyyah. Adapun mengenai
tauhid rububiyyah, baik orang Muslim maupun orang kafir mengakui itu.
Adapun tauhid uluhiyyah, dialah yang menjadi pembeda antara kekufuran
dan Islam. Hendaknya setiap Muslim dapat membedakan antara kedua jenis
tauhid ini, dan mengetahui bahwa orang-orang kafir tidak mengingkari
Allah SWT sebagai Pencipta, Pemberi rezeki dan Pengatur. Allah SWT
berfirman,
'Katakanlah, 'Siapakah yang
memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa
(menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang
mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari
yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?' Maka katakanlah,
'Mengapa kamu tidak bertakwa (kepada-Nya)?' (QS. Yunus: 31)
'Dan
sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka, 'Siapakah yang
menjadikan langit dan buini dan menundukkan matahari dan bulan? 'Tentu
mereka akan menjawab, 'Allah', maka betapakah mereka dapat dipalingkan
(dari jalan yang benar).' (QS. al-'Ankabut: 61)
Jika
telah terbukti bagi Anda bahwa orang-orang kafir mengakui yang demikian,
niscaya Anda mengetahui bahwa perkataan Anda yang mengatakan
"Sesungguhnya tidak ada yang menciptakan dan tidak ada yang memberi
rezeki kecuali Allah, serta tidak ada yang mengatur urusan kecuali
Allah", tidaklah menjadikan diri anda seorang Muslim sampai Anda
mengatakan, 'Tidak ada Tuhan selain Allah' dengan disertai melaksanakan
artinya."[ Fi 'Aqa'id al-Islam, Muhammad bin Abdul Wahhab, hal 38]
Dengan
pemahaman yang sederhana ini, yang tidak timbul melainkan dari
kebodohan akan hikmah dan ayat-ayat Allah SWT, dia mengkafirkan seluruh
masyarakat dengan mengatakan, "Sesungguh-nya orang-orang musyrik jaman
kita —yaitu orang-orang Muslim— lebih keras kemusyrikannya
dibandingkan orang-orang musyrik yang pertama. Karena, orang-orang
musyrik jaman dahulu, mereka hanya menyekutukan Allah di saat lapang,
sementara di saat genting mereka mentauhidkan-Nya. Hal ini sebagaimana
firman Allah SWT yang berbunyi, 'Maka apabila mereka naik kapal mereka
berdoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya; maka tatkala
Allah menyelamatkan mereka sampai ke darat, tiba-tiba mereka (kembali)
mempersekutukan (Allah)."'[Risalah Arba'ah Qawa'id, Muhammad bin Abdul
Wahhab, hal 4]
Setiap orang yang bertawassul kepada
Rasulullah saw dan para Ahlul Baitnya, atau menziarahi kuburan mereka,
maka dia itu kafir dan musyrik; dan bahkan kemusyrikannya jauh lebih
besar daripada kemusyrikan para penyembah Lata, 'Uzza, Mana dan Hubal.
Di bawah naungan keyakinan inilah mereka membunuh orang-orang Muslim
yang tidak berdosa dan merampas harta benda mereka. Adapun slogan yang
sering mereka kumandangkan ialah, masuklah ke dalam ajaran Wahabi! dan
jika tidak, niscaya Anda terbunuh, istri Anda menjadi janda, dan anak
Anda menjadi yatim.
Kritikan dan Bantahan Daripada Adiknya Sendiri
Saudaranya
yang bernama Sulaiman bin Abdul Wahhab membantahnya di dalam kitabnya
yang berjudul ash-Shawa'iq al-Ilahiyyah fi ar-Radd 'ala al-Wahabiyyah,
"Sejak jaman sebelum Imam Ahmad bin Hanbal, yaitu pada jaman para imam
Islam, belum pernah ada yang meriwayatkan bahwa seorang imam kaum
Muslimin mengkafirkan mereka, mengatakan mereka murtad dan memerintahkan
untuk memerangi mereka. Belum pernah ada seorang pun dari para imam
kaum Muslimin yang menamakan negeri kaum Muslimin sebagai negeri syirik
dan negeri perang, sebagaimana yang Anda katakan sekarang. Bahkan lebih
jauh lagi, Anda mengkafirkan orang yang tidak mengkafirkan
perbuatan-perbuatan ini, meskipun dia tidak melakukannya. Kurang lebih
telah berjalan delapan ratus tahun atas para imam kaum Muslimin, namun
demikian tidak ada seorang pun dari para ulama kaum Muslimin yang
meriwayatkan bahwa mereka (para imam kaum Muslimin) mengkafirkan orang
Muslim.
Demi Allah, keharusan dari perkataan Anda
ini ialah Anda mengatakan bahwa seluruh umat setelah jaman Ahmad semoga
rahmat Allah tercurah atasnya baik para ulamanya, para penguasanya dan
masyarakatnya, semua mereka itu kafir dan murtad. ”Inna lillahi wa inna
ilaihi raji'un."[ Risalah Arba'ah Qawa'id, Muhammad bin Abdul Wahhab,
hal 4].
Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab juga berkata
di dalam halaman 4, "Hari ini umat mendapat musibah dengan orang yang
menisbahkan dirinya kepada Al-Qur'an dan sunnah, menggali ilmu keduanya,
namun tidak mempedulikan orang yang menentangnya. Jika dia diminta
untuk memperlihatkan perkataannya kepada ahli ilmu, dia tidak akan
me-lakukannya. Bahkan, dia mengharuskan manusia untuk menerima
per-kataan dan pemahamannya. Barangsiapa yang menentangnya, maka dalam
pandangannya orang itu seorang yang kafir. Demi Allah, pada dirinya
tidak ada satu pun sifat seorang ahli ijtihad. Namun demikian, begitu
mudahnya perkataannya menipu orang-orang yang bodoh. Inna lillahi wa
inna ilaihi raji'un. Ya Allah, berilah petunjuk orang yang sesat ini,
dan kembalikanlah dia kepada kebenaran."
Akhirnya Ibn
Wahab meninggal dunia pada tahun 1206H/1791M tetapi para pengikutnya
telah meneruskan mazhabnya dan menghidupkan bid`ah dan kesesatannya
kembali.
Wahabi Menyerang dan Membunuh Umat Islam Di Karbala
Pada
tahun 1216H/1801M, al-Amir Sa`ud al-Wahhabi mempersiapkan tentera yang
besar terdiri daripada 20 000 orang dan melakukan serangan ganas ke atas
kota suci Karbala di `Iraq.
Karbala tempat cucu nabi
saw yaitu Imam Husein bin Ali bin Abi Thalib dimakamkan dan merupakan
sebuah kota suci dihiasi dengan kemasyhuran dan ketenangan di hati umat
Islam. Tentera Wahhabi mengepung dan memasuki kota itu dengan melakukan
pembunuhan, rampasan, runtuhan dan kebinasaan. Wahhabi telah melakukan
keganasan dan kekejaman di kota Karbala’ dengan perbuatan yang tidak
mengenal batas prikemanusiaan dan tidak mungkin dapat dibayangkan.
Mereka telah membunuh 5000 orang Islam atau bahkan lebih lagi, hingga
disebutkan dalam sejarah mencapai 20 000 orang.
Ketika
al-Amir Sa`ud menghentikan perbuatan keji dan kejamnya di sana, dia
telah merampas banyak harta. Setelah melakukan keganasan yang cukup
menjijikkan ini, dia kemudian menakluki Karbala untuk dirinya sehingga
para penyair menyusun qasidah-qasidah penuh dengan rintihan, keluhan dan
dukacita mereka.
Wahhabi 12 tahun kembali membuat
serangan ke atas kota Karbala dan kawasan sekitarnya, termasuk Najaf.
Mereka kembali sebagai perampas, penyamun dan pencuri pada tahun
1216H/1801M.
Kritikan dan Penentangan Sayyid Muhammad Jawwad Terhadap Wahabi
Al-`Allamah al-Marhum al-Sayyid Muhammad Jawwad al-`Amili mengatakan:[12][13]
Allah
telah menentukan dan menetapkan dengan kebesaran dan keihsanan-Nya dan
juga dengan berkah Muhammad saw, untuk melengkapkan bab ini pada kitab
Miftah al-Karamah, selepas tengah malam 9 Ramadan al-mubarak tahun
1225H/1810M - menurut catatan penyusunnya . dengan kekacauan fikiran dan
kecelaruan keadaan, orang-orang `Arab dikelilingi oleh orang-orang dari
`Unaizah al-Wahhabi al-Khariji di al-Najaf al-Asyraf dan masyhad
al-Imam al-Husayn r.a - mereka telah memintas jalan dan merampas hak
milik para penziarah al-Husayn r.a . Mereka membunuh sebagian besar
daripadanya, terdiri daripada orang-orang `Ajam, sekitar kuranng lebih
150 orang
Jelaslah, bahawa tawhid yang diserukan
oleh Muhammad bin `Abd al-Wahhab dan kelompoknya adalah dengan darah dan
harta orang yang menentang dakwah mereka,.
Al-Alusi
dalam penjelasannya tentang Wahhabi mengatakan: Mereka menerima hadist2
yang datang dari Rasulullah saw bahwa Allah turun ke langit dunia dan
berkata: Adakah orang-orang yang ingin memohon keampunan?. Dan dia
mengatakan: Mereka mengakui bahawa Allah ta`ala datang pada hari
Qiyamat sebagaimana kata-Nya: dan pada hari itu diperlihatkan neraka
Jahannam, dan pada hari itu ingatlah manusia akan tetapi tidak berguna
lagi mengingat itu baginya (al-Fajr (89): 23) dan sesungguhnya Allah
menghampiri makhluk-Nya menurut kehendak-Nya seperti yang disebutkan:
dan Kami lebih hampir kepadanya daripada urat lehernya (Qaf (50): 16).
Dapat
dilihat dalam kitab al-Radd `ala al-Akhnai oleh Ibn Taimiyyah bahwa dia
menganggap hadist2 yang diriwayatkan tentang kelebihan ziarah
Rasulullah saw sebagai hadith mawdu` (palsu). Dia juga turut menjelaskan
orang yang berpegang kepada akidah bahawa Nabi masih hidup walaupun
sesudah mati seperti kehidupannya semasa baginda masih hidup, dia telah
melakukan dosa yang besar. Inilah juga yang diiktiqadkan oleh Muhammad
bin `Abd al-Wahhab dan para pengikutnya, bahkan mereka menambahkan
pemalsuan dan kebatilan Ibn Taimiyyah tersebut.
Para
pengikut akidah Wahhabi yang batil memberikan tanggapan kepada para
pengkaji yang melakukan penyelidikan mengenai Islam meneliti kitab-kitab
mereka hingga menyebabkan mereka akhirnya beranggapan bahwa Islam
adalah agama yang kaku, beku, terbatas dan tidak dapat beradaptasi pada
setiap masa dan zaman.
Kritikan Orientalis Terhadap Wahabi
Lothrop
Stodard berkebangsaan Amerika mengatakan: Kesan dari semua itu,
kritikan2 telah timbul karena ulah Wahhabi berpegang kepada dalil
tersebut dalam ucapan mereka hingga dikatakan bahawa Islam dari segi
jawhar dan tabiatnya tidak mampu lagi berhadapan dengan perubahan
menurut kehendak dan tuntutan zaman, tidak dapat berjalan seiringan
dengan keadaan kemajuan dan proses perubahan serta tidak lagi mempunyai
kesatuan dalam perkembangan kemajuan zaman dan perubahan masa ..[ 15
Hadir al-`Alam al-Islami, Vol.I, h.264].
Penentangan Ulama Hanbali Atas Wahabi
Para
ulama al-Hanbali memberontak terhadap Muhammad bin `Abd al-Wahhab dan
mengeluarkan hukum bahwa akidahnya adalah sesat, menyeleweng dan batil .
Tokoh pertama yang mengumumkan penentangan terhadapnya adalah bapaknya
sendiri, al-Syaikh `Abd al-Wahhab, diikuti oleh saudaranya, al-Syaikh
Sulayman. Kedua-duanya adalah daripada mazhab al-Hanabilah. Al-Syaikh
Sulayman menulis kitab yang berjudul al-Sawa`iq al-Ilahiyyah fi al-Radd
`ala al-Wahhabiyyah untuk menentang dan memeranginya. Di samping itu
tantangan juga datang dari sepupunya, `Abdullah bin Husayn.
Mufti
Makkah, Zaini Dahlan mengatakan: `Abd al-Wahhab, bapak Muhammad bin
abdul wahab adalah seorang yang salih dan merupakan seorang tokoh ahli
ilmu, begitulah juga dengan al-Syaikh Sulayman. Al-Syaikh `Abd al-Wahhab
dan al-Syaikh Sulayman, kedua-duanya dari awal ketika Muhammad
mengikuti pengajarannya di Madinah al-Munawwarah telah mengetahui
pendapat dan pemikiran Muhammad yang meragukan. Kedua-duanya telah
mengkritik dan mencela pendapatnya dan mereka berdua turut
memperingatkan orang ramai mengenai bahayanya pemikiran Muhammad.[ Zaini
Dahlan, al-Futuhat al-Islamiyah, Vol. 2, h.357.]
Dalam
keterangan Zaini Dahlan yang lain dikatakan bahawa bapaknya `Abd
al-Wahhab, saudaranya Sulayman dan guru-gurunya telah dapat mengenali
tanda2 penyelewengan agama (ilhad) dalam dirinya yang didasarkan kepada
perkataan, perbuatan dan tentangan Muhammad bin abd wahab terhadap
banyak persoalan agama. [ Zaini Dahlan, al-Futuhat al-Islamiyah, Vol. 2,
h.357.]
`Abbas Mahmud al-`Aqqad al-Misri
mengatakan: Orang yang paling kuat menentang adalah saudaranya sendiri
yaitu , al-Syaikh Sulayman, penulis kitab al-Sawa`iq al-Ilahiyyah.
Beliau tidak mengakui saudaranya itu mencapai kedudukan berijtihad dan
mampu memahami al-Kitab dan al-Sunnah. Al-Syaikh Sulayman berpendapat
bahwa para Imam yang lalu, generasi demi generasi tidak pernah
mengkafirkan ashab bid`ah, dalam hal ini tidak pernah timbul persoalan
kufur sehingga timbulnya ketetapan mewajibkan mereka memisahkan diri
daripadanya dan sehingga diharuskan pula memeranginya kerana alasan
tersebut.
Al-Syaikh Sulayman berkata lagi bahawa:
Sesungguhnya perkara-perkara itu berlaku sebelum zaman al-Imam Ahmad
bin Hanbal yaitu pada zaman para Imam Islam, dia mengingkarinya manakala
ada di antara mereka juga mengingkarinya, keadaan itu berterusan
sehingga dunia Islam meluas. Semua perbuatan itu dilakukan orang-orang
yang kamu kafirkan mereka kerananya, dan tiada seorang pun daripada para
Imam Islam yang menceritakan bahawa mereka mengkafirkan (seseorang)
dengan sebab-sebab tersebut. Mereka tidak pernah mengatakan seseorang
itu murtad, dan mereka juga tidak pernah menyuruh berjihad menentangnya.
Mereka tidak menamakan negara-negara orang Islam sebagai negara syirik
dan perang sebagaimana yang kamu katakan, bahkan kamu sanggup
mengkafirkan orang yang tidak kafir kerana alasan-alasan ini meskipun
kamu sendiri tidak melakukannya. [ Al-Islam fi al-Qarn al-`Isyrin,
h.108-109.]
Jelaslah bahwa Muhammad bin `Abd
al-Wahhab bukan saja sengaja mengada-adakan bid`ah dalam pendapat dan
pemikirannya, bahkan beberapa abad sebelumnya, pendapat dan pemikiran
seperti itu telah pun didahului oleh Ibn Taimiyyah al-Harrani dan
muridnya, Ibn al-Qayyim al-Jawzi dan tokoh-tokoh seperti mereka berdua.
Kemudian
Muhammad bin `Abd al-Wahhab datang dengan membawa pemikiran Ibn
Taimiyyah dan bersekongkol pula dengan keluarga Sa`ud dan salig
mendukung di antara mereka dari segi pemerintahan dan keislaman. Di
Najd, kesesatan telah tersebar dan faham al-Wahhabiyyah merebak ke
seluruh pelosok tempat ibarat penyakit kangker (al-saratan) dalam tubuh
badan manusia.
Dia menipu kebanyakan umat manusia,
mazhab mereka mengatas namakan Tawhid dengan menjatuhkan hukuman ke atas
Ahl al-Tawhid, menumpahkan darah umat Islam dengan alasan jihad
menentang golongan musyrikin. Sehingga menyebabkan beribu-ribu orang
manusia, lelaki dan wanita, kecil dan besar menjadi mangsa bid`ah mereka
yang sesat. Ia turut juga menyebabkan perselisihan (khilaf) yang sempit
semakin membesar dan menjadi-jadi di kalangan umat Islam. Musibah itu
akhirnya sampai ke kepuncaknya dengan jatuhnya dua buah kota suci,
Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah.
Penduduk
Najd bermazhab Wahhabi memperolehi bantuan dan pertolongan Inggeris
yang ingin melihat perpecahan negara Islam. Mereka dengan secara sengaja
berusaha menghapuskan segala kesan dan tinggalan Islam di kota-kota
Makkah dan Madinah dengan memusnahkan kubur para wali (awliya) Allah,
mencemarkan kehormatan kerabat / keluarga Rasulullah saw(Aal Rasulillah)
dan lain-lain dengan perbuatan2 yang tidak senonoh untuk mengoncangkan
hati dan perasaan umat Islam.
Sebagian ahli sejarah
menyebutkan: Kemunculan secara tiba-tiba mazhab Wahhabi dan sewaktu
mereka memegang kekuasaan di Makkah, operasi pemusnahan secara
besar-besaran telah dilakukan oleh mereka dengan memusnahkan pertamanya,
apa sahaja yang ada di al-Mu`alla, sebuah kawasan perkuburan Quraisy
yang terdiri daripada kubah-kubah (qubbah) yang begitu banyak,
termasuklah kubah-kubah Sayyidina `Abd al-Muttalib, datuk Nabi saw,
Sayyidina Abi Talib, al-Sayyidah Khadijah sebagaimana yang telah mereka
lakukan kepada kubah-kubah tempat kelahiran Nabi saw, Abu Bakr dan
al-Imam `Ali.
Mereka juga turut memusnahkan kubah
zamzam dan kubah-kubah lain di sekitar Ka`bah, seterusnya diikuti oleh
kawasan-kawasan lain yang mempunyai kesan dan peninggalan orang-orang
salih. Semasa mereka melakukan pemusnahan itu, mereka membuang kotoran
sambil memukul gendang (al-tubul) dan menyanyi dengan mengeluarkan
kata-kata mencaci dan menghina kubur-kubur ... sehingga dikatakan
sebahagian daripada mereka sanggup kencing di atas kubur-kubur para
salihin tersebut.[ Takmilah al-Sayf al-Sayqal, h.190, untuk penelitian
selanjutnya, lihat: Al-Jabarti, Kasyf al-Irtiyab, h.40.]
Sejarah
mencatat salah satu jasa NU yang paling besar ialah ketika dunia
digoncangkan oleh berdirinya al-Mamlakah al-Arabiyyah al-Sadiyyah.
Seorang Gubernur Najd yang namanya Muhammad bin Su`ud dengan Muhammad
bin Abdul Wahab mendeklarasikan berdirinya kerajaan Saudi Arabia,
memisahkan diri dari kekuasaan sentral Khalifah Usmani di Turki,
kemudian mereka menang di Timur, lantas mengadakan ekspansi ke Barat,
masuk ke Mekkah.
Usaha Ulama Indonesia Menghalang Kerakusan Wahabi Memusnahkan Makam Rasulullah s.a.w.
Setelah
menguasai Mekkah, orang Najd itu membikin goncangan terhadap dunia
Islam yaitu pertama, rumah Abdul Muthalib dijadikan WC, rumahnya Abu
Thalib dijadikan kandang khimar, kuburan di Ma`la diratakan dengan
tanah, tidak pandang bulu Sayyidah Khadijah, Abdullah bin Zubair dan
lain sebagainya. Selesai di Mekkah, kemudian pindah ke Madinah, kuburan
di Baqi, 15 ribu sahabat diratakan dengan tanah, sampai sekarang kita
pun tidak bisa cari mana satu persatu, hanya kira-kira saja. Terakhir
tinggal makam Rasulullah saw. bersama Abu Bakar Ra. dan Umar Ra., itu
pun akan dibongkar.
Dari situ KH.Wahab Hasbullah dan
teman-temannya terpanggil untuk membentuk yang dinamakan Komite Hijaz.
Berangkatlah tiga orang, Kiai Wahab, Kiai Fathurrahman, dan H. Hasan
Dipo. Sampai di Jeddah, diterima oleh Raja Abdul Aziz, dan Kiai Wahab
memohon atas nama umat Islam negeri jauh agar pemerintah Saudi Arabia
tidak membongkar Makam Rasulullah Saw. beserta Abu Bakar dan Umar.
Kedua, hendaknya Pemerintah Saudi Arabia memberi kebebasan kepada dluyÃf
al-rahman selama di Mekkah-Madinah, baik haji atau umrah, melaksanakan
ibadahnya sesuai dengan mazhabnya masing-masing. Dan oleh Raja Abdul
Aziz, semua permohonan itu dikabulkan. Sehingga sampai sekarang makam
Rasul, Abu Bakar dan Umar masih ada.
Keluhan Daripada Seorang Ulama Ahli Sunnah
Al-`Allamah al-Sayyid Sadr al-Din al-Sadr mengatakan:
Demi
usia hidupku, sesungguhnya al-Baqi` telah menerima nasib yang sangat
malang, kerana hati2 yang kecewa, mengikuti nafsu dan berperangai
kebudak-budakan, maka berlakulah pencetus kepada segala kecelakaan,
apabila tiada lagi kedamaian. Bagi umat Islam kepada Allah diadukan, hak
Nabi-Nya yang telah memberikan petunjuk dan syafaat.
Celakalah
anak cucu Yahudi dengan perbuatan tidak senonoh yang mereka lakukan,
mereka tidak mendapat apa-apa daripadanya dengan membongkarkan harim
Muhammad saw dan keluarganya . Neraka wail untuk mereka dengan apa yang
mereka tentang terhadap orang-orang yang kuat. Mereka musnahkan kubur
orang-orang salih dengan perasaan benci mereka. Hindarkanlah daripada
mereka karena sesungguhnya mereka membenci orang-orang yang terpilih (di
sisi Allah).
Nabi Muhammad saw pernah bersabda
bahwa: Apabila sesuatu bid`ah itu muncul di kalangan umatku, maka
orang-orang alim hendaklah memperlihatkan dan menyampaikan ilmu mereka
kerana kalau mereka tidak melakukannya, laknat Allah akan ditimpakan ke
atas mereka.
Rasulullah saw juga bersabda: Apabila
bid`ah timbul dan orang-orang yang terkemudian daripada umat ini
melaknat orang-orang yang terdahulu, maka barang siapa yang memiliki
keilmuan, maka hendaklah menyampaikannya. Sesungguhnya orang yang
menyembunyikan keilmuannya pada hari itu seumpama orang yang
menyembunyikan apa yang diturunkan Allah kepada Muhammad.
Para
Siddiqin r.a dari keluarga Rasulullah saw mengatakan bahwa: Apabila
bid`ah lahir, maka orang alim hendaklah menzahirkan keilmuannya,
sekiranya dia tidak berbuat demikian, cahaya keimanan (Nur al-Iman) akan
hilang.
Kesimpulan
Atas dasar
inilah Sunni telah bangkit menentang serangan mazhab Wahhabi. Mereka
telah menulis, menerbitkan kitab2 dan menjelaskan keburukan dan
kejahatan tokoh2 Wahabi yang berusaha untuk merealisasikan cita2 dan
harapan penjajah Inggeris.
Kitab pertama yang
ditulis untuk menolak dan menentang fahaman Muhammad ibn `Abd al-Wahhab
ialah al-Sawa`iq al-Ilahiyyah fi al-Radd `ala al-Wahhabiyyah yang
ditulis oleh al-Syaikh Sulayman, iaitu saudara kepada Muhammad sendiri.
Pada
zaman itu, golongan Wahhabi telah meningkatkan serangan mereka yang
merusakkan dan berbahaya terhadap Islam. Dan pengikutnya meneruskan
penentangan dan peperangan yang didalangi oleh keluarga Sa`ud dengan
bantuan daripada hasil keuntungan minyak mereka. Pemerintahan kesultanan
Sa`udi telah memperuntukkan sejumlah besar hasil keuntungan minyak
mereka untuk menyebarkan dan mengembangkan mazhab ciptaan penjajah
Inggeris ini di kalangan orang Islam. Kalaulah tidak karena kekayaan
yang besar itu tentulah mazhab Wahhabi tidak akan dapat bertahan hingga
hari ini.
Kelihatan bahwa unsur-unsur penjajahan
(al-isti`mar) Inggeris begitu jelas menerusi mazhab tersebut dan mereka
mengambilnya sebagai cara yang terbaik untuk mewujudkan perpecahan,
persengketaan, permusuhan, perselisihan dan pertentangan di kalangan
umat Islam sendiri. Mazhab tersebut juga turut memperkuatkan dan
memperkukuhkan matlamat penjajahan Inggeris dengan mengada-adakan fitnah
di kalangan umat Islam seperti menuduh orang-orang Islam yang lain
sebagai fasiq, kafir , musyrik , mubtadi, dsb.
Umat
Islam yang tidak prihatin dan mempunyai pemikiran yang cetek dengan
mudah diperdayakan oleh mereka sehingga akhirnya mereka secara sadar
atau tidak, turut membantu usaha2 mazhab Wahhabi dan Inggeris. Bahkan
melaksanakannya dalam kehidupan mereka menerusi perbuatan dan tindakan
biadab terhadap umat Islam lain yang dianggap sebagai lawan2 mereka.
Keadaan yang berlanjutan ini menyebabkan umat Islam menjadi lemah dan
mudah dipermainkan oleh musuh2 Islam yang bertopeng Islam.
Sekian Semoga Berkesan,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
https://www.facebook.com/von.edison.alouisci/notes
Abdul Ghafur Abu Syaifullah
Pub : Von Edison Alouisci
Kritikan dan Penentangan Sayyid Muhammad Jawwad Terhadap Wahabi
https://www.facebook.com/von.edison.alouisci/notes