adab berdzikir




1. Suci dari segala kotoran Zahir dan Batin dengan mandi taubat :



نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِلتَّوْبَةِ عَنِ الْمَعْصِيَةِ



“aku berniat mandi taubat dari segala maksiat (zahir dan batin)”





kemudian mengekalkan dalam Wudu’ seperti sabda Nabi saw :



الْوُضُوءُ يُكَفِّرُ الذُّنُوبَ

“Wuduk itu penghapus dosa”



2. Solat Taubat sekurang-kurangnya dua rakaat satu salam atau sebaik-baiknya lapan rakaat empat salam.



أُصَلِّى رَكْعَتَيْنِ تَوْبَةً عَنِ الْمَعَاصِى للهِ تَعَالَى

“aku sembahyang dua rakaat taubat dari segala dosa-2 maksiat (zahir dan batin) kerana Allah Ta’ala”





3. Duduk bersunyian menghadap qiblat seperti sabda Rasulullah saw :-



خَيْرُ الْمَجَالِسِ مَا اسْتَقْبَلَ بِهِ الْقِبْلَةُ

“Sebaik-baik tempat duduk adalah menghadap arah qiblat”



Hadith riwayat At-Thabrani





Dalam hadith yang lain



سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ

{وَفِيهِ} وَرَجُلٌ ذَكَرَاللهَ خَالِياً فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ



“Tujuh golongan (manusia) yang dinaungi Allah iaitu pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya”. Di dalam hadith ini disebutkan :-

“dan lelaki yang berzikr bersunyi diri, menghadap (qiblat) diam dan keluar air matanya”



4. Duduk menyimpuh kaki ke arah kiri (kebalikkan dari duduk tawarruk di dalam solat) kerana para Sahabat duduk di hadapan Rasulullah saw berkeadaan seperti itu. Duduk seperti itu lebih merendahkan diri dan lebih terhimpun segala pancaindera.



5. Minta ampun kepada Allah dari semua kesalahan dengan membayangkan kejahatan yang pernah dibuat dan merasakan Allah Ta’ala melihatnya sambil mengucapkan “astaghfirullaaaaah” (dalam nada yang panjang) dan disertai dengan pengertiannya dalam hati sekurang-2nya 25 kali. Rasulullah saw pernah bersabda :



مَنْ لاَزَمَ الإِسْتِغْفَار 614; جَعَلَ اللهُ لَهُ مَخْرَخاً وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرْجاً وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ

“Barangsiapa melazimi (terus menerus) mengucapkan istighfar, nescaya Allah menjadikan jalan keluar baginya dari segala kesempitan, dan terlepas dari setiap yang menggelisahkan, dan Dialah yang mengurniakan rezeki itu dari sumber yang tidak diduga”.



Hadith riwayat Ahmad dan Al-Hakim



6. Membaca sekali Al-Fatihah dan tiga kali Al-Ikhlas, di hadiahkan pahalanya itu pada ruh Nabi Muhammad saw. Kemudian diulangi membaca surah seperti di atas dan pahalanya dihadiahkan kepada :

- Kedua ibubapa

- Kepada syeikh (mursyid) yang memimpin kita

- Kepada seluruh muslimin dan muslimat, mu’minin dan mu’minat amnya.



7. Memejamkan kedua mata, mengunci mulut dengan menemukan kedua bibir, lidah dinaikkan ke lelangit. Hal itu dilakukan untuk mencapai kekhusyu’an yang sempurna dan lebih memastikan lintasan-2 dalam hati yang harus lebih diperhatikan.



8. Rabithah kubur – yakni dengan membayangkan bahawa diri kita telah mati, dimandikan, dikafani, disolatkan, di usung ke kubur dan di kebumikan. Semua sanak saudara dan sahabat kenalan meninggalkan kita sendirian dalam kubur. Pada ketika itu ingatlah bahawa segala sesuatu tidak lagi berguna kepada kita, kecuali amalan soleh.



Rasulullah saw telah bersabda :



كُنْ فِى الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ وَعُدَّ نَفْسَكَ مِنْ أَصْحَابِ الْقُبُورِ



“ Jadilah kamu di dunia ini seperti orang asing atau sedang dalam perjalanan, dan siapkan (hitunglah) dirimu untuk menjadi sebahagian dari isi kubur”



9. Rabithah Mursyid, yakni murid menghadapkan hatinya ke hati syeikh (guru) dan menganggap bahawa hati guru itu pancuran yang melimpah dari lautan yang luas ke dalam hati nurani murid. Dan syeikh itu merupakan wasilah (jalan perantaraan) untuk sampai kepada Allah.



Firman Allah swt di dalam surah Aali Imran 200 :



يَاأيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkan kesabaran kamu dan rabitahlah kamu (dalam menempuh rintangan) serta bertakwalah kamu kepada Allah moga-moga kamu beroleh kejayaan (kemenangan dunia akhirat).”



Firman Allah swt di dalam surah Al-Maidah 35 :



يآأَيُهَاالَّذ 616;ينَ ءَامَنُوااتَّق 615;وااللهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَهِدُوا فِى سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ



“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam)supaya kamu beroleh kemenangan.”





Firman Allah swt lagi dalam surah At-Taubah 119 :



يَآ أَيُهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ



“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah

kamu bersama dengan orang-orang yang benar.”



Sebahagian orang-2 Sufi menyatakan : “Jadilah anda beserta dengan Allah, jika tiada kemampuan maka jadikan diri anda bersama dengan orang yang beserta dengan Allah”.



Kata-2 al-Aa’rifin : “ Fana pada syeikh adalah muqaddimah fananya kepada Allah”.



10. Menghimpunkan semua pancaindera, memutuskan hubungan dengan semua kebimbangan dari mengingati Allah, dan menghadapkan semua indera hanya kepada Allah. Kemudian ucapkan kalimat :



إِلاهِى أَنْتَ مَقْصُودِى وَرِضَاكَ مَطْلُوبِ



“Tuhanku! Engkaulah yang ku maksudkan dan keredhaanMu lah yang ku tuntut”



Sebanyak tiga kali berturut-turut dengan bersungguh-sungguh dalam hati sanubari yang bersih.



Sesudah itu barulah mulai berzikr ismu zat dalam hati dengan meresapkan pengertiannya sekali, yakni Dialah zat yang tiada satu pun yang setara denganNya. Dia hadir, memperhatikan semua hal, seperti sabda Rasulullah saw berkenaan ‘al-Ehsan’ :



أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ



“Engkau sembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia pasti melihatmu”.



Hadith riwayat Muslim

Menurut hadith riwayat At-Thabrani, Rasulullah saw bersabda :



أَفْضَلُ الإِيمَانِ أَنْ تَعْلَمَ أَنْ اللهَ شَاهِدُكَ حَيْثُمَا كُنْتَ

“Iman yang paling baik adalah anda tahu bahawa Allah swt menyaksikanmu di mana saja berada”.



11. Menunggu sesuatu yang akan muncul pada waktu zikr hampir berakhir, sebelum membuka kedua mata. Apabila datang sesuatu yang ghaib, maka hendaklah berwaspada dan berhati-hati menghadapinya, kerana cahaya hati akan terpancar. Sesudah mata dibuka, lintasan atau pemandangan yang ghaib itu tidak juga hilang, maka hendaklah ucapkan “ Allahu Naazhiri”.

اللهُ نَاظِرى

“Allah memperhatiku”



Sebanyak tiga kali berturut-turut. Jika masih tidak lenyap maka hentikan zikr dan bayangkan rupa syeikh (guru). Jika masih tidak lenyap juga, maka hendaklah mandi dan solat dua rakaat serta meminta ampun dan berdoa kepada Allah swt.

Demikianlah menurut Syeikh Najmuddin Amin Al-Kurdi di dalam kitabnya ‘Tanwirul Qulub’.

http://archive.kaskus.co.id/thread/10064072/120