CARA MEMILIH MAJLIS ILMU DAN GURU

ALHABIB ALI BIN ABDURRAHMAN ALJUFRI BERKATA:
Diceritakan ada seorang penuntut ilmu kebingungan dalam mencari guru pembimbing ke jalan Allah SWT di mana ia dihadapkan dengan dua pilihan majlis ilmu yang keduanya dalam kebenaran.
Majlis ilmu yang pertama mengajarkan al Quran & Sunnah,begitu juga dengan majlis yang kedua, turut mengajarkan al Quran & Sunnah.maka penuntut ilmu tersebut meminta tolong kepada seorang alim untuk memilihkan majlis ilmu yang tepat untuknya dari dua pilihan yang sulit tersebut.
Maka orang alim tersebut mengajak penuntut ilmu itu untuk memasuki satu persatu pengajian majlis tersebut. Bermula dengan mereka ke majlis ilmu yang pertama dan nampak seorang Syeikh sedang mengajar di majlis itu menyuruhnya duduk
Syeikh itu berkata,”apa yg kalian lakukan di sana? Silakanlah duduk”
Berkatalah orang alim yang membawa penuntut ilmu itu...”saya tak mahu duduk di majlismu,..”
Berkata Syeikh itu...”kenapa engkau tak mahu duduk di majlisku?”
Dijawab oleh orang alim itu...”hatiku merasa berat dan enggan duduk di majlismu”
Lalu Syeikh itu berkata...” aku pun juga tak suka engkau berada di majlisku....pergi kalian syaitan!!!”
Maka orang alim itu berkata kepada penuntut ilmu tersebut..” hendaklah kita pergi sebelum ia memukul kita.”
Maka beranjaklah mereka berdua ke majlis yang kedua,dan nampak seorang Syeikh memandang ke arah mereka dan menyuruhnya masuk.
Berkata Syeikh tersebut...” apa yang kalian lakukan di sana? Silakanlah masuk dan duduklah”
Maka orang alim itu berkata “aku tak mahu duduk di majlismu,..”
Syeikh itu pun bertanya, “apa yg membuatmu enggan memasuki kelasku?”
Dijawab oleh orang alim itu....”hatiku merasa berat dan enggan duduk di majlismu”
Maka menangislah Syeikh tersebut dengan ledakan tangisannya,dan menutup wajahnya dengan kedua tangannya dan berkata....” tiada daya dan upaya melainkan dengan kehendak Allah SWT....,Wahai Allah,barangkali Engkau telah membuka aibku kepadanya,maka kini ku bertaubat kepadamu....”
Lalu orang yang alim tersebut berkata kepada penuntut ilmu yang bersamanya... “Bagaimana menurutmu?Engkau ingin duduk di majlis yang di sana atau majlis yang ini?”
Jika engkau dihadapkan dua masalah,yang mana keduanya dalam kebenaran.yang ini berdakwah dengan al Quran dan Sunnah.., yang satu lagi juga berdakwah dengan al Quran dan Sunnah......,caranya ialah lihatlah kepada akhlak mereka.Di mana adanya akhlak yang mulia,pada diri orang itu.., tandanya telah hidup agama dan ilmunya...,Sekiranya tiada akhlak yg mulia di dalam hatinya...,,maka tiada juga ilmu dan agama di dalamnya.
Tidaklah mungkin ilmu dan agama hidup jika tanpa akhlak yang mulia di dalam hati.Tidaklah mungkin adanya sifat kesolehan di dalam hati seseorang tanpa akhlak yang mulia.Maka setiap orang yang mengaku berilmu dan beragama namun tak ada akhlak yang mulia di dalam sanubarinya.....,maka di situ ada kecacatan kepada orang yang menuntut ilmu.
Allahuma Sholi 'ala sayidina Muhammad nabiyil umiyi wa 'ala 'alihi wa shohbihi wa salim
https://www.facebook.com/pondokhabib/photos/a.422328956998.217003.295419981998/10154407422821999/?type=3