hari yang paling baik kepada kamu adalah hari jumaat


Sesungguhnya Allah mempunyai 360 pandangan untuk diberikan. Kalau saya seorang hamba mendapatkan satu pandangan daripada Allah maka tidak akan celakalah selama-lamanya.
.
Dan malam jumaat merupakan waktu pandangann daripada Allah. Umat-umat sebelum kita tidak mendapat petunjuk akan kemuliaan hari jumaat. Dan dikhususkan untuk kita perbanyakkan berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ pada hari jumaat.
.
Rasulullah ﷺ bersabda, Sesungguhnya hari yang paling baik kepada kamu adalah hari jumaat maka perbanyakkan berselawat kepadaku. Sesungguhnya selawat kamu akan sampai kepadaku walau dimana kamu berada.
.
Wahai kamu semua yang mengharapkan pandangan daripada Allah, berselawatlah kepada Rasulullah ﷺ. Tidak mungkin pandangan Allah tidak sampai kepada kamu kalau kamu berselawat kepada Rasulullah ﷺ.
.
Kamu di sini sudah dibasahi dengan selawat. Sesungguhnya selawat adalah ikatan dan sambungan dengan Rasulullah ﷺ. Buah dan hasil selawat itu sabda Rasulullah ﷺ yang diriwayatkan Imam Tarmidzi dan perawi yang lain, sesungguhnya orang yang paling hampir denganku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.
.
Tahukah kamu betapa hebatmya kedudukan itu? Tahukah kamu alangkah hebatnya anugerah itu? Orang yang paling dekat dengan Rasulullah ﷺ di hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadanya.
.
Sabdanya yang lain, barangsiapa yang berselawat kepada Rasulullah ﷺ sekali maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali. Ini adalah merupakan bekalan kepada kaum mukminin sama ada dilakukan secara berjemaah atau sendirian, sama ada senyap-senyap ataupun terang-terangan.
.
Tidak berkumpul satu kaum di satu perkumpulan lalu tidak berzikir dan berselawat kepada Rasulullah ﷺ melainkan mereka bersurai dalam keadaan rugi.
.
Orang yang membaca surah Al-Kahfi pada malam jumaat atau hari jumaat, Allah akan berikannya cahaya sampai cahaya itu ke baitul atiq, cahaya itu memanjang sampai ke jumaat yang akan datang.
.
Barangsiapa yang baca surah Ad-Dukhan pada malam jumaat maka pada malam itu dia akan diampunkan oleh Allah.
.
Di dalam hadisnya yang lain, barangsiapa yang berselawat kepada Rasulullah ﷺ selepas asar sebanyak 80 kali maka Allah akan mengampunkan dosanya selama 80 tahun.
.
Dan barangsiapa yang bersuci atau mandi daripada rumahnya untuk menghadiri solat jumaat lalu dia mendengarkan khutbah jumaat dan tidak mengganggu sesiapa yang nak solat jumaat maka dia akan diampunkan oleh Allah sehingga jumaat yang akan datang ditambah lagi 3 hari.
.
Adakah kamu melihat dan mendengar fadilat-fadilat tadi?
.
Wahai umat nabi Muhammad ﷺ tidakkah apa yang kamu telah didengarkan dengan anugerah-anugerah yang besar tadi?
.
Sehingga dikatakan bahawasanya para malaikat itu apabila melihat umat-umat sebelum nabi Muhammad ﷺ diselamatkan oleh Allah daripada api neraka dan mereka mengatakan Alhamdulillah tapi malaikat tidak merasa taajub.
.
Tetapi yang mereka taajub apabila kalau ada umat Nabi Muhammad ﷺ yang tidak selamat daripada api neraka. Malaikat merasa taajub bagaimana dia tidak selamat sedangkan dia umat nabi Muhammad ﷺ.
.
.
.
Al-Allamah Al Habib Umar Bin Salim Bin Hafidz
Maulid Akbar Masjid Husein Seremban 2

https://www.facebook.com/Al.Madad.Ya.Rasulallah/photos/a.1667472940135435.1073741829.1663450840537645/1798819557000772/?type=3


0 Response to "hari yang paling baik kepada kamu adalah hari jumaat"

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.